Thursday, 21 July 2011
New Diary New Life :D
Hye guys :) Aku nak try ubah segala hidup aku yang tak baek sbb aku nak hidup aku tenang seperti mana aku tenang sebelum nie. Banyak perubahan yang telah aku alami sekian lama aku memasuki alam remaja yang boleh menjerumuskan aku ke perkara yang tak baik. Siapa yang sangka aku dulu seorang yang tak berapa pendiam tapi sekarang semakin menjadi jadi sifat degil aku :) tapi kekadang bagi aku semua itu telah aku lalui semenjak di alam sekolah menengah. Memang setiap remaja inginkan kebebasan dari ibu bapa tetapi ada remaja yang tidak sedar bahawa kebebasan ialah perkara yang akan merosakkan masa hadapan dia orang. Aku juga pernah terfikir apa akan terjadi jika aku menikmati alam remaja yang sanagt BEBAS :) sbb itulah aku bersyukur sbb aku ada ibu dengan ayah yang sangat prihatin dalam menjaga dan mendidik aku pada masa sekarang. BAHAYA tau tak kalau korang tak nak dengar cakap ibu dengan ayah korang. Meskipun aku baru berusia 15 tahun tapi aku tahu bagaimana rasa kedua org tua aku menjaga aku. Sedangkan banyak dugaan yang mereka lalui sebelum dan selepas menjaga aku. Kadang kadang aku menyesal dengan apa yang telah aku lakukan terhadap ibu dengan ayah aku. Macam anak derhaka pun ada jugakk. Itulah kesabaran org tua aku dlm menjaga aku. Sebesar mana pun kesalahan aku, mereka tetap memaafkan aku. Ibubapa mana yang suka melihat masa hadapan anak mereka musnah. Banyak yang ayah aku tak suka apabila aku meningkat remaja. Alasan ayah aku supaya aku berjaya ialah supaya dah besar nanti dia tak nak tengok anak anak nya menderita seperti dia sekarang nie. Memang aku salut lah dengan ayah aku. Sejahat jahat ayah kita, dialah penyelamat hidup kita satu satunya :) korang tak lapar ke wei ? aku makan dulu. lepas nie sambong balekk. okayy, BUBYE :D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment